Blogger Layouts

Monday, February 14, 2011

remaja gemar lagi m'nyambut valentine dari maulid nabi..!!

Assalammualaikum ..

ya ini serius bukan perkara main,reka cerita,bukan yang biasa-biasa..
betul tak remaja sekarang lebih gemar menyambut hari kekasih dari maulid nabi.. sama ada mereka mereka tidak ingat atau tidak tahu atau tidak ambil tahu tentang perkara ini.. maklum laa hari untuk m'nyambut kedua-dua peristiwa tersebut memang tidak jauh.. tapi umat islam atau yang b'gelar islam tidak layak,tidak s'harusnya.. tidak perlu.tidak usah,toksah.. *Haram*.. apabila kita meraikan sambutan hari valentine tersebut !!!
subhanallah . . anggapan mereka hari maulidur rasul tersebut adalah hari-hari biasa shj. hari yang perlu d'sambut oleh golongan orang tua-tua.. 

hello kawan.. kita semua ni umat nya... umat nya.. sedangkan nabi sgt syg kan umat nya s'hnggkan s'blum nabi m'hmbuskan nafas nya buat t'akhir kali nabi masih m'nyebut umat nya lagi..
sampai begitu sekali syg nya nabi pada umat.. mungkin remaja zaman sekrang tidak m'perdulikan bnda2 nie.. dan tidak m'jadikan nabi kita sebagai idola untuk meniru cara , gaya hidup nabi.. mungkin.?

Apa tujuan kita menyambut Maulidur Rasul? Tujuan paling utama sekali ialah untuk memperkenalkan siapa sebenarnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada umat Islam. Apatah lagi dalam zaman ini yang umatnya tidak mengenal siapa Rasulnya. Kerana itu bila pihak orientalis dan juga pendakyah-pendakyah ideologi sesat membuat tuduhan-tuduhan palsu berkaitan peribadi Baginda, kita hanya mampu terlopong. Bukan tidak ada yang menjawab, tetapi kita lemah kerana kita sendiri sebagai umat Baginda tidak kenal Baginda, apatah lagi pihak musuh. Justeru, sambutan Maulidur Rasul sememangnya sangat relevan dalam suasana sebegini. Bila Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dihina, kita kagum bila bantahan di seluruh dunia dilaungkan. Cuma ia sekadar tinggal demonstrasi. Tindakan susulan bagaimana? Umat Islam sendiri di tengah bantahan tersebut masih ada lagi yang tak kenal Rasul. Itulah peri pentingnya sambutan ini diteruskan. Bahkan tidak melampau jika saya katakan bahawa sambutan ini boleh mencapai hukum wajib (pada pandangan saya) kerana mengenali Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu wajib. Kewajipan mengenali Baginda itu membawa kepada kewajipan-kewajipan yang lain seperti cintakan Baginda, taatkan Baginda dan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan risalah Baginda. Kaedah menyebutkan:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب 

Ertinya: Apa sahaja perkara yang tidak sempurna kewajipan kecuali dengannya, maka perkara itu menjadi wajib.

Oleh itu sambutan Maulidur Rasul menjadi wajib kerana ia menyempurnakan kewajipan mengenali Baginda lebih-lebih lagi dalam zaman ini yang ahlinya lebih mengenali artis, pemain bola sepak atau bintang ternama berbanding mengenali Rasulnya sendiri. Tanya mereka tentang artis pujaan mereka, pasti mereka boleh menceritakannya secara panjang lebar berbanding jika kita minta mereka untuk menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم walaupun hanya beberapa baris ayat, pasti tidak selebar apa yang mereka ceritakan tentang artis tadi. Itulah realitinya...

Konklusinya, sambutan Maulidur Rasul perlu diteruskan kerana ianya mempunyai nilai dakwah yang tersendiri. Nilai yang sangat bermanfaat untuk umat Islam kini yang semakin lalai dan leka. Cuma bagaimana untuk merealisasikan sambutan Maulidur Rasul yang boleh memberi kesan umum, saya nyatakan jangan lah terlalu rigid dengan cara yang ada. Pelbagaikan cara, yang penting matlamat tercapai dan dapat dirasai kesannya oleh semua. Salam Maulidur Rasul  dari Perlembahan Nil.*


note : * ..* (d'petik dari blog http://wwwhumair-humair.blogspot.com)

akhir kata . SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ..!!



✿◕ ‿ ◕✿ THANKS READER'S ✿◕ ‿ ◕✿

2 comments:

Panjut said...

Ingat nabi (selawat) kita akan dapat syafaatnya di akhirat kelak, ingat kekasih dia akan curang suatu hari nanti!

◕‿◕eizaty◕‿◕ said...

yeahh.. bt0i tu bt0i.. b'zikir dan b'selawat byk2. insyaallah hidup akn tenang dan harmoni